Zoo di China dikecam kerana jadikan anak anjing sebagai makanan ular sawa
Agensi
Februari 5, 2018 18:57 MYT
Februari 5, 2018 18:57 MYT
Sebuah zoo di China yang menjadikan anak anjing sebagai makanan ular sawa menerima kecaman teruk daripada masyatakat umum dan organisasi pelindung hak haiwan.
Pihak pengurusan Zoo Hebin Park di Pingdingshan cuba mengelak kontroversi itu dengan mendakwa amalan tersebut dilakukan oleh pemilik persendirian di bahagian reptilia zoo tersebut.
Skandal itu terbongkar selepas beberapa keping gambar dan video tular di emdia sosial.
Visual tersebut menunjukkan seekor anak anjing sedang ketakutan di tengah-tengah lingkaran seekor ular sawa Burma di dalam sebuah sangkar.
Ular tersebut juga dilihat mempunyai tiga atau empat bonjolan pada badannya, yang mungkin merupakan beberapa ekor anak anjing yang sudah ditelan.
Pengguna media sosial telah mengecam zoo berkenaan sejak kumpulan pejuang hak haiwan, PETA, menerusi pejabatnya d Asia menyebarkan gambar-gambar tersebut ke atas talian.
Jurucakap Zoo Hebin Park dalam satu kenyataan mengakui pihaknya ada menjadikan anak anjing sebagai makanan ular sawa.
“Pengarah kami sudah memanggil mereka dan mengarahkan mereka erhenti melakukannya.
“Bahagian reptilia di zoo ini diuruskan oleh pihak persendirian. Mereka mempunyai kontrak dengan kami namun aktiviti memberi makan tiada kaitan dengan kami,” ujar kenyataan itu.