Zoo di China buat hal lagi, warnakan anjing menyerupai panda
Agensi
September 20, 2024 17:37 MYT
September 20, 2024 17:37 MYT
SEBUAH zoo di China akhirnya mengakui bahawa panda yang berada di situ sebenarnya adalah seekor anjing.
Ia susulan rakaman haiwan itu yang tular, menyebabkan ramai yang membuat spekulasi ia bukan panda sebenar.
Pengunjung memenuhi Zoo Shanwei di wilayah Guangdong timur China untuk melihat 'panda' seperti yang diiklankan tetapi kebingungan selepas haiwan itu mula mempamerkan ciri seekor anjing, termasuk menyalak.
Menghadapi tekanan orang ramai, pihak zoo pada mulanya cuba mendakwa haiwan itu adalah baka "anjing panda" yang jarang ditemui.
Bagaimanapun, mereka kemudiannya terpaksa mengakui bahawa ia adalah dua ekor anak anjing yang diwarnakan dengan warna hitam dan putih untuk menyerupai panda.
Dalam satu video yang tular, salah seekor "panda" kelihatan tercungap-cungap semasa berehat dalam kandang, manakala satu lagi rakaman lain menunjukkan seekor panda berekor panjang.
Ini bukanlah kali pertama zoo di China mengelirukan pengunjung dengan dakwaan menempatkan panda sebenar.
Mei lalu, Zoo Taizhou di Wilayah Jiangsu dilaporkan mewarnakan dua ekor anjing baka Chow Chow bagi menyerupai panda.