Zoo Austria pertonton anak harimau putih

Astro Awani
Februari 5, 2013 09:01 MYT
Empat ekor anak harimau putih yang lahir pada 27 Disember lalu di "Weisser Zoo" atau zoo putih, Austria kini dipertontonkan kepada pihak media.
Keempat-empat anak harimau putih yang comel itu dinamakan sebagai Mumbai, Maja, Melody dan Mona Lisa.
Ketika dilahirkan berat anak-anak harimau itu adalah antara satu hingga dua kilogram sahaja.
Namun, selepas kira-kira lima minggu kini haiwan berkenaan kelihatan sihat dan mencatatkan kenaikan berat badan sekitar 100 gram sehari.
Harimau putih merupakan haiwan terancam dan hampir pupus apabila populasinya hanya tinggal sekitar 300 ekor.
Kebanyakan anak-anak harimau putih akan menemui ajal lebih awal sekiranya hidup di habitat semula jadi.
#austria #Harimau Putih
;