Zirafah lompat keluar dari lori, kejutkan pengguna jalan raya

Agensi
Januari 29, 2020 16:06 MYT
Kejadian itu menyebabkan kesesakan lalu lintas dan beberapa penunggang motosikal terpaksa membunyikan untuk menakutkan haiwan itu. Foto: AP
PENGGUNA sebuah lebuh raya di Bangkok pada Selasa dikejutkan dengan kelibat seekor zirafah yang tiba-tiba melompat keluar dari sebuah lori.
Memetik laporan AFP, zirafah tersebut merupakan antara dua ekor zirafah yang sepatutnya dipindahkan ke sebuah zoo di wilayah Prachinburi.
Menurut saksi kejadian, haiwan itu melompat keluar dari lori berkenaan ketika berlakunya kesesakan lalu lintas semasa lori itu dalam perjalanan dari lapangan terbang.
Zirafah itu bagaimanapun berjaya ditangkap menggunakan ubat pelali selepas sepasukan veterinar melakukan operasi mencari dan menyelamat haiwan itu hampir 24 jam.
Operasi pencarian yang dilakukan mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat tempatan yang turut mengikuti perkembangan wartawan di wilayah itu menggunakan Facebook Live.
#Bangkok #jalan raya #Prachinburi #Thailand #zirafah #zirafah lompat keluar