Zeynep bakal diiktiraf anjing tertua dunia

Agensi
Disember 27, 2022 12:40 MYT
Zehra kini dalam proses untuk menggesa Guinness World of Records mengumumkan gelaran anjing tertua dunia itu kepada anjing peliharaannya. - Instagram
SEEKOR anjing peliharaan jenis German Shephard berusia 23 tahun dikatakan bakal diiktiraf sebagai anjing tertua di dunia dalam Guinness World of Records.
Ia sekali gus bakal menggantikan penyandang gelaran itu, Gino, yang berusia 22 tahun.
Zeynep, dipelihara Zehra Oya Buldu, yang berasal dari Ankara, Turkiye.
Zehra kini dalam proses untuk menggesa Guinness World of Records mengumumkan gelaran anjing tertua dunia itu kepada anjing peliharaannya.
Ketika ini proses penilaian terhadap Zeynep telah dimulakan dan anjing itu sedang dalam proses pemeriksaan ketiga bagi menentukan umurnya.
Menurut Zehra, Zeynep dibesarkan dalam rumah yang dipenuhi dengan kanak-kanak dan enam ekor kucing.
"Saya berasa sangat gembira dapat keluar dan meluangkan masa bersama Zeynep, terutamanya berjalan-jalan pada waktu malam pada musim bunga dan musim panas," katanya.
Untuk rekod, purata jangka hayat bagi seekor anjing jenis German Shephard adalah antara 9 ke 13 tahun.
#German #anjing #German Shephard #Zeynep #Guinness World of Records
;