Zelenskyy kesal ‘bertelingkah’ dengan Trump di White House

Agensi
Mac 4, 2025 07:00 MYT
Pada pertemuan di Pejabat Oval, White House, Washington, Jumaat lalu, Zelenskyy (kiri) ditempik oleh Trump di hadapan sekumpulan media yang mengadakan liputan. - Gambar Reuters
PRESIDEN Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy meluahkan rasa kesal beliau atas pertelingkahannya dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di Pejabat Oval, White House, Jumaat lalu.
"Pertemuan kami di Washington, di White House pada hari Jumaat, tidak berjalan seperti yang sepatutnya.
"Adalah dikesalkan bahawa perkara ini berlaku sedemikian rupa. Sudah tiba masanya untuk membetulkan keadaan," kata Zelenskyy dalam hantaran beliau di akaun X.

I would like to reiterate Ukraines commitment to peace. None of us wants an endless war. Ukraine is ready to come to the negotiating table as soon as possible to bring lasting peace closer. Nobody wants peace more than Ukrainians. My team and I stand ready to work under

— Volodymyr Zelenskyy / (@ZelenskyyUa) March 4, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam masa sama, beliau menegaskan, kesediaan Ukraine untuk memberikan komitmen terhadap mencapai keamanan sambil memberitahu: "Tiada siapa di antara kita yang mahukan perang yang berpanjangan."
"Ukraine bersedia untuk duduk di meja rundingan secepat mungkin bagi membawa keamanan yang berkekalan lebih dekat," katanya lagi.
"Tiada siapa yang lebih mahukan keamanan selain rakyat Ukraine. Saya dan pasukan saya bersedia untuk bekerja di bawah kepimpinan kuat Presiden Trump bagi mendapatkan keamanan yang berkekalan," tambah Zelensky.
"Kami bersedia untuk bertindak pantas bagi menamatkan perang."
Susulan keputusan AS menggantung sementara bantuan ketenteraan ke atas Ukraine, Zelenskyy menggariskan cadangan terdapat beberapa langkah awal boleh diambil untuk menamatkan perang.
Cadangan beliau ialah membebaskan tahanan, melancarkan gencatan senjata di ruang dara termasuk larangan terhadap peluru berpandu, dron jarak jauh, bom ke atas infrastruktur tenaga dan awam serta gencatan senjata di laut dengan segera, sekiranya Rusia melakukan perkara yang sama
"Kemudian, kami mahu bergerak pantas melalui semua peringkat seterusnya dan bekerjasama dengan AS untuk mencapai perjanjian muktamad yang kukuh."
Dalam hantaran sama, Presiden Zelensky menyatakan penghargaan Ukraine terhadap sokongan AS sebelum ini.
"Kami benar-benar menghargai segala usaha Amerika dalam membantu Ukraine mengekalkan kedaulatan dan kemerdekaannya," tulis beliau.
"Kami juga mengingati saat segalanya berubah apabila Presiden Trump menyediakan peluru berpandu Javelin kepada Ukraine. Kami berterima kasih atas perkara ini," katanya.
Beliau turut mengumumkan, Ukraine kini "bersedia" untuk menandatangani perjanjian mineral yang dicadangkan oleh AS. - Agensi
#pertemuan Trump-Zelenskyy #Donald Trump #Volodymyr Zelenskyy #pertemuan di White House
;