Zelensky intai untuk mula bincang penyertaan Ukraine sebagai anggota EU

Bernama
Mac 5, 2023 12:14 MYT
Kata Zelensky, Ukraine sedang berusaha untuk menyelesaikan pelaksanaan cadangan Suruhanjaya Eropah secepat mungkin dan memulakan rundingan menyertai EU tahun ini. - Fail/ETX Studio
MOSCOW: Ukraine sedang mengintai untuk memulakan rundingan dengan Kesatuan Eropah (EU) pada tahun ini, berhubung penyertaan negara itu sebagai anggota Kesatuan Eropah (EU), kata Presiden Volodymyr Zelensky pada Sabtu.
Bercakap pada pertemuan dengan Presiden Parlimen Eropah Roberta Metsola di bandar Lviv, Zelensky mengucapkan terima kasih kepada pegawai EU kerana menyokong Ukraine dan mengenakan sekatan ke atas Rusia sambil menyeru untuk mengukuhkan lagi langkah sekatan terhadap Moscow.
"Ukraine sedang berusaha untuk menyelesaikan pelaksanaan cadangan Suruhanjaya Eropah secepat mungkin dan memulakan rundingan menyertai EU tahun ini," katanya, lapor Agensi Anadolu.
Blok 27 negara itu memberikan status calon kepada Ukraine pada Jun lalu.
-- BERNAMA
#Volodymyr Zelensky #Ukraine #Kesatuan Eropah #EU
;