Yuna prihatin terhadap pelajar Malaysia di Amerika

Astro Awani
Januari 31, 2017 09:53 MYT
Menerusi akaun Twitternya, Yuna mengambil kesempatan untuk bertanya khabar kepada pelajar tempatan yang kini berada di Amerika.
PENYANYI Malaysia yang kini berpangkalan di New York, Yuna, prihatin terhadap nasib pelajar Malaysia yang berada di Amerika Syarikat (AS) berikutan kekecohan isu sekatan imigresen yang diumumkan Presiden Donald Trump.
Menerusi akaun Twitternya, Yuna mengambil kesempatan untuk bertanya khabar kepada pelajar tempatan yang kini menetap di negara berkenaan.
Dia juga meminta sekiranya ada pelajar yang memerlukan bantuan agar menghubunginya untuk menyampaikan maklumat.
“Bagaimana keadaan pelajar Malaysia di AS? Sentiasa kekal selamat dan hubungi saya jika anda memerlukan sebarang bantuan.Teruskan memberi informasi kepada saya,” tweet Yuna.

How are my Malaysian students in the US doing? Stay safe and reach out to me if you need anything. Keep me updated.

— Yuna Zarai (@yunamusic) January 30, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Trump pada Jumaat mengenakan sekatan imigresen selama empat bulan terhadap pelarian yang datang ke AS.
Beliau turut melarang kemasukan pelancong dan pendatang dari tujuh buah negara Islam selama 90 hari, dan mengatakan langkah itu bertujuan membantu melindungi rakyat AS daripada serangan pengganas.
Negara-negara tersebut ialah Syria, Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan dan Yaman.
Bagaimanapun, tindakan Trump itu menerima kritikan dan kecaman daripada pelbagai pihak.
Ada juga yang berhimpun untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap sekatan berkenaan.
BACA: 'Jangan biarkan Trump memalukan Ratu kami', ujar lebih sejuta penyokong petisyen
BACA: Sekatan imigresen Trump bersifat diskriminasi
BACA: Apa yang anda perlu tahu berhubung 'sekatan imigresen Trump'
BACA: 15 penumpang negara Islam dilarang naiki pesawat Air France ke Amerika Syarikat
BACA: Sekatan kemasukan AS: Presiden Perancis beri amaran kepada Trump
BACA: PM Kanada buka pintu kepada pelarian yang dilarang masuk Amerika
#Amerika Syarikat #Yuna
;