YouTuber ini pura-pura batuk, mengaku hidap koronavirus kerana mahu popular

Azyyati Ahmad
Februari 9, 2020 12:04 MYT
Dalam klip video berkenaan, lelaki tersebut pura-pura batuk di dalam tren bawah tanah di bandar pelabuhan selatan Busan untuk merakam reaksi orang awam. -Gambar hiasan
Seorang penggiat YouTube di Korea Selatan diburu polis kerana mengaku menghidap jangkitan koronavirus bagi menakutkan orang ramai.
Suspek yang identitinya dirahsiakan didakwa menyiarkan klip video tersebut dengan berpura-pura mengaku berasal dari Wuhan.
Dalam klip video berkenaan, lelaki tersebut pura-pura batuk di dalam tren bawah tanah di bandar pelabuhan selatan Busan untuk merakam reaksi orang awam.
Menurut Agensi Polis Metropolitan Busan, siasatan menunjukkan suspek berusia 20-an itu melakukan ‘prank’ yang kurang matang dengan niat menjadikan video berkenaan tular.
Polis dalam satu kenyataan berkata mereka akan mengambil langkah ketat terhadap berita palsu atau menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan koronavirus.
Difahamkan waran tangkap ke atas lelaki tersebut telah diperoleh.
#coronavirus #Korea #Korea Selatan #novel koronavirus #siasatan #suspek #video #viral #YouTube
;