YouTube haramkan Qanon, kandungan teori konspirasi sasar individu

Astro Awani
Oktober 15, 2020 07:30 MYT
YoutTube akan mengharamkan kandungan yang menyasarkan individu atau kumpulan menggunakan teori konspirasi seperti Qanon atau Pizzagate yang telah digunakan untuk membenarkan keganasan di dunia nyata.
YoutTube akan mengharamkan kandungan yang menyasarkan individu atau kumpulan menggunakan teori konspirasi seperti Qanon atau Pizzagate yang telah digunakan untuk membenarkan keganasan di dunia nyata.
Syarikat itu dalam catatan blognya menyatakan akan mula menguatkuasakan dasar kebencian dan gangguan dengan segera.
Langkah YouTube berikutan tindakan keras baru-baru ini yang diumumkan oleh syarikat media sosial utama lain, termasuk Facebook dan Twitter, terhadap kandungan Qanon.
Facebook awal bulan ini mengatakan akan membuang mana-mana halaman Facebook, kumpulan dan akaun Instagram yang "mewakili" Qanon.
Qanon adalah teori konspirasi yang tidak berasas mendakwa bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump secara senyap memerangi sekumpulan pedofilia yang merangkumi anggota Demokrat terkemuka, elit Hollywood dan sekutu dalam negara.
Ia dinamakan oleh FBI sebagai potensi penghasut keganasan domestik.
Teori konspirasi juga meminjam beberapa elemen dari teori palsu Pizzagate.
Jurucakap YouTube memberitahu Reuters bahawa larangan baru-baru ini mempengaruhi kandungan yang menyasarkan sama ada individu atau kumpulan terlindung seperti kumpulan agama atau etnik.
YouTube mengatakan telah membuang puluhan ribu video berkaitan Qanon dan menghentikan ratusan saluran yang berkaitan dengannya sejak mengemas kini dasar ucapan kebenciannya pada bulan jun 2019.
#Donald Trump #YouTube #FBI #QAnon #Pizzagate #teori konspirasi #teori palsu #Facebook #Twitter #Instagram #keganasan
;