Perdana Menteri Thailand menggesa penunjuk perasaan anti kerajaan supaya melepaskan kemarahan mereka melalui peti undi dan menegaskan bahawa pilihan raya adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan krisis politik negara itu yang telah berpanjangan.
Perdana Menteri Yingluck Shinawatra kini berdepan dengan protes jalanan besar-besaran bertujuan menjatuhkan kerajaannya yang dipilih oleh rakyat dan digantikan dengan "majlis rakyat" sementara. Kumpulan penunjuk perasaan itu memainkan isu dominasi politik abang Yingluck, bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra yang kini hidup di luar negara yang mereka tuduh menguasai dan mempengaruhi kerajaan sekarang.
Yingluck mengadakan dialog pada Rabu bagi membincangkan cadangan oleh suruhanjaya pilihan raya untuk menangguhkan pilihan raya itu. Ia bagaimanapun dipulau oleh pembangkang dan suruhanjaya berkenaan.
Yingluck tidak menolak kemungkinan pilihan raya itu ditangguhkan tetapi mengulangi kebimbangannya bahawa langkah itu tidak dibenarkan oleh perlembagaan. Pilihan raya ditetapkan pada 2 Februari ini.
"Sekiranya rakyat tidak mahukan kerajaan ini mereka harusnya keluar mengundi," katanya.
Kebanyakan penentang beliau termasuk mereka yang rapat dengan istana enggan pilihan raya itu diteruskan kerana bimbang ia tidak akan mengubah kedudukan sekarang.
Mereka mahu satu pembaharuan pilihan raya dilakukan terlebih dahulu sebelum pilihan raya diadakan dalam masa setahun. Mereka juga menafikan tuduhan bahawa cadangan itu hanyalah helah untuk menggantung sistem demokrasi sedia ada.
Penunjuk perasaan sebelum ini berikrar akan meneruskan usaha meningkatkan tekanan ke atas Yingluck melalui kempen melumpuhkan kota Bangkok dengan menguasai beberapa persimpangan utama di kota ini.
Ketegangan meletus selepas dua orang cedera ditembak oleh mereka yang tidak dikenali dalam satu rapat umum anti kerajaan manakala satu letupan kecil menggegarkan rumah keluarga seorang pemimpin pembangkang.
"Dua insiden ini membayangkan bahawa revolusi rakyat hampir berjaya," kata pemimpin penunjuk perasaan, Suthep Thaugsuban.
Lewat Selasa sebutir bom kecil atau mercun dilemparkan ke sebuah rumah milik keluarkan pemimpin pembangkang, Abhisit Vejjajiva yang juga bekas perdana menteri. Dia kini berdepan tuduhan menyebabkan kematian dalam tindakan ketenteraan menangani tunjuk perasaan semasa memegang jawatan pada 2010.
Penunjuk perasaan menyekat beberapa jalan utama untuk tiga hari berturut-turut sejak Isnin namun ada tanda-tanda tindakan mereka mahu melumpuhkan kota Bangkok itu tidak mendapat sambutan.
Penunjuk perasaan juga sebelum ini memberi amaran mahu menangkap Yingluck dan beberapa anggota kabinet yang lain sekiranya mereka tidak letak jawatan.
Timbalan Perdana Menteri Surapong Tovichakchaikul dalam satu kenyataan pada Rabu menggesa polis menahan Suthep sebelum "negara ini jadi kacau-bilau."
Gerakan anti kerajaan itu juga menjarakkan diri daripada ancaman satu kelompok lain yang mahu merampas menara kawalan udara dan bursa saham.
Tunjuk perasaan ini dicetuskan oleh satu rang undang-undang yang akan mengampunkan Thaksin dan pulang ke Thailand biarpun berdepan hukuman penjara atas sabitan kesalahan rasuah. — Agensi
Agensi
Wed Jan 15 2014
![Yingluck gesa rakyat Thai lepaskan kemarahan menerusi peti undi Yingluck gesa rakyat Thai lepaskan kemarahan menerusi peti undi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-01/71389781491_295x200.jpg)
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit
Suspek kes pembunuhan bekas penuntut UPSI Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
![Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup
Pada 6 petang, ringgit susut lagi kepada 4.6745/6790 berbanding dolar AS daripada 4.6725/6745 semasa ditutup semalam.
![Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-08/61441033326_MASLOGO.jpg)
Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712455501_MohamadIzzatHilmi.jpg)
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
![Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711186413_Rifdean.jpg)
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
![Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51666258090_JojieSamuel.jpg)
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
![Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709622817_bangkokwanitatran.jpg)
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.
![Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707970229_BangkokThailand.jpg)
Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat
Bangkok dan 66 wilayah di Thailand itu terus diselubungi jerebu dengan zarah tidak selamat pada PM2.5 direkodkan pada Khamis.
![Bangkok diselubungi asap, pekerja bekerja dari rumah Bangkok diselubungi asap, pekerja bekerja dari rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707918382_airpollutiongener.jpg)
Bangkok diselubungi asap, pekerja bekerja dari rumah
Bangkok disebungi asap tidak sihat dengan zarah PM2.5 melonjak melepasi paras selamat pada 50 ug/m3, mencetuskan kebimbangan kesihatan awam.
![Negara membangun perlu perkukuh sektor logistik dan rantaian bekalan - Ismail Sabri Negara membangun perlu perkukuh sektor logistik dan rantaian bekalan - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707226281_IsmailSabri.jpg)
Negara membangun perlu perkukuh sektor logistik dan rantaian bekalan - Ismail Sabri
Penekanan kepada tenaga kerja mahir dan mempromosikan inovasi juga menjadi antara faktor untuk memperkukuh sektor logistik.
![Sekurang-kurangnya 20 maut kilang bunga api meletup di Thailand Sekurang-kurangnya 20 maut kilang bunga api meletup di Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-10/81445391889_Explosion.jpg)
Sekurang-kurangnya 20 maut kilang bunga api meletup di Thailand
Sekurang-kurangnya 20 maut dalam satu letupan di sebuah kilang bunga api di Suphan Buri, kira-kira 120 kilometer utara Bangkok pada Rabu.