Yahya Sinwar terbunuh akibat tembakan di kepala

Agensi
Oktober 18, 2024 07:15 MYT
Imej tangkap layar daripada video yang dikeluarkan Angkatan Pertahanan Israel menunjukkan sebuah bangunan yang rosak teruk dan tentera Israel kenal pasti pemimpin Hamas, Yahya Sinwar (gambar kecil) duduk di kerusi dalam imej itu di Rafah.
TEL AVIV: Pemimpin Hamas, Yahya Sinwar maut akibat "kecederaan otak traumatik yang teruk" selepas ditembak di kepala, menurut ahli patologi di Israel yang menjalankan autopsi ke atasnya.
Dr Chen Kugel dari Pusat Perubatan Forensik Kebangsaan di Tel Aviv berkata, beliau menemui kecederaan "daripada sumber lain" pada Yahya termasuk kecederaan pada lengan kanan akibat "tembakan peluru berpandu," kaki kiri yang cedera akibat "binaan runtuh," dan kecederaan serpihan pada tubuhnya.
"Mereka menyebabkan kerosakan yang teruk, tetapi punca kematian adalah luka tembakan di kepala," katanya kepada CNN.
Tentera Israel sebelum ini berkata, pemimpin Hamas itu terbunuh apabila bangunan tempat beliau bersembunyi di Rafah diserang dengan "tembakan kereta kebal."
Rejim Zionis juga menegaskan, mereka berbalas tembakan sebelum bangunan itu disasarkan. - CNN
#Yahya Sinwar #Yahya Sinwar dibunuh Israel #Pemimpin hamas #Israel serang Hamas
;