Yahudi dan Amerika tunjuk degil, papan tanda kedutaan baharu mula dipasang

Sinar Harian
Mei 7, 2018 21:30 MYT
Kedutaan akan dirasmikan Isnin depan, sempena ulang tahun ke-70 penubuhan negara haram Israel. - Foto Agensi
Pekerja sibuk mendirikan tanda jalan ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS) yang dijangka dibuka Baitulmaqdis pada 14 Mei ini, langkah yang dianggap bersejarah oleh rejim Zionis tetapi dibantah keras penduduk Palestin.
Mereka mendirikan papan tanda bertulis ‘Kedutaan AS’ dalam bahasa Hebrew, Arab dan Inggeris sekitar lokasi, kini bangunan konsular AS, di kawasan penempatan Arnona di bandar raya itu.
Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel pada 6 Disember lalu dan memindahkan kedutaanterletak di Tel Aviv ke Baitulmaqdis bulan ini.
Kedutaan akan dirasmikan Isnin depan, sempena ulang tahun ke-70 penubuhan negara haram Yahudi, Israel. - Sumber Agensi
#Amerika Syarikat #AS #Donald Trump #haram #Israel #Yahudi #Zionis
;