X tambah butang Grok, mudahkan lagi pemahaman sesuatu perkongsian
Amanz
Disember 16, 2024 14:42 MYT
Disember 16, 2024 14:42 MYT
X PADA hari ini telah mula memperkenalkan Grok-2 kepada semua pengguna X seluruh dunia, terutamanya pengguna yang tidak melanggan versi berbayar.
Ringkasan AI
- X memperkenalkan Grok-2 kepada semua pengguna, termasuk yang tidak melanggan versi berbayar.
- Grok-2 menyertakan sokongan carian web dan integrasi butang Grok pada setiap perkongsian di X untuk memudahkan pemahaman kandungan.
- Ciri butang Grok ini mungkin hadir secara berperingkat kepada semua pengguna.
Untuk makluman, Grok-2 telah diperkenalkan pada bulan Ogos 2024 lepas, dan kini turut diperluaskan kepada pengguna tidak berbayar.
Pengenalan ini hadir selepas pihak X memperkenalkan penjana imej yang lebih baik melalui Grok, dinamakan Aurora.
Grok-2 juga turut menyertakan sokongan carian web – membolehkan pengguna bukan sahaja mendapatkan maklumat masa-nyata untuk perkongsian di X, tetapi turut mendapatkan maklumat lanjut hasil carian web oleh Grok, dan mempersembahkan anda dengan gabungan maklumat yang dihimpunkan.
Menariknya, turut diumumkan melalui kemas kini baharu ini adalah integrasi butang Grok pada setiap perkongsian di X.
Pengguna boleh tekan butang Grok pada perkongsian, dan seterusnya memahami konteks yang ingin disampaikan.
Butang Grok juga akan memudahkan lagi pemahaman sesuatu kandungan yang sedang tular melalui X.
Ciri butang Grok ini dilihat masih belum meluas lagi, dan mungkin hadir secara berperingkat kepada semua.
Dengan perkembangan sihat dalam arena kecerdasan buatan ini, sama-sama kita nantikan lagi apakah yang bakal ditawarkan melalui Grok kelak. -Amanz