X mula perkenal ciri panggilan suara dan video untuk pengguna Android

Amanz
Januari 20, 2024 09:00 MYT
X memperkenalkan ciri panggilan suara antara pengguna aplikasi berkenaan, pada platform Android. - Gambar/ Amanz
X (dulu dikenali sebagai Twitter) kini telah mula memperkenalkan ciri panggilan suara antara pengguna aplikasi berkenaan, pada platform Android.
Ciri ini sebelum ini telah diperkenalkan sejak bulan Oktober 2023 lepas, tetapi ketika itu diperkenalkan secara terhad untuk pengguna iPhone.
Sebaik sahaja selesai mengemas kini aplikasi, pengguna akan menerima notifikasi untuk mengaktifkan sokongan panggilan suara.
Sesiapa sahaja boleh menerima panggilan, tetapi hanya pengguna berbayar sahaja yang boleh melakukan panggilan. Anda turut boleh lakukan saringan siapa yang boleh membuat panggilan dan sebaliknya.
Bagi anda yang menggunakan X, boleh mengemas kini aplikasi anda hari ini di Android, dan menyemak penawaran ini. - Amanz
#Android #X #panggila suara #panggilan video