X kini beralih kepada domain X.com, tidak lagi guna jenama Twitter

Amanz
Mei 18, 2024 03:48 MYT
Twitter.com kini berubah kepada X.com, sekali gus memperlihatkan peralihan perkhidmatan sosial berkenaan ke domain yang dimiliki Elon Musk. -X Elon Musk
ELON Musk telah pun mengumumkan penjenamaan perkhidmatan sosial Twitter sebagai X sebelum ini.
Namun, sejak diumumkan, beberapa elemen masih menggunakan elemen asal Twitter, termasuk domain web sendiri yang menggunakan Twitter.com.
Namun, hari ini, perkara berkenaan berubah. Twitter.com kini berubah kepada X.com, sekali gus memperlihatkan peralihan perkhidmatan sosial berkenaan ke domain yang dimiliki Elon Musk.
Dengan langkah ini, mungkin kita tidak lagi akan melihat penjenamaan Twitter, dan mungkin dalam beberapa tahun, Twitter dilupakan ramai.

All core systems are now on https://t.co/bOUOek5Cvy pic.twitter.com/cwWu3h2vzr

— Elon Musk (@elonmusk) May 17, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Di bawah Elon Musk, ia dirancang untuk membangunkan X sebagai sebuah aplikasi “super”, yang mana bukan sahaja untuk media sosial, tetapi juga untuk berkomunikasi melalui panggilan suara dan video, menerbitkan kandungan, berkongsi video, dan juga kelak menyokong pembayaran.
Sama-sama kita nantikan peralihan seterusnya selepas ini. -Amanz
#Elon Musk #Twitter #X com #ubah domain