WTO: Moscow tidak akan berundur, meskipun ada usaha singkirkan Rusia dari organisasi

Bernama
Mac 27, 2023 16:45 MYT
Rusia sedang mempertimbang pilihan untuk menyertai perdagangan pelbagai hala, menganalisis imbangan faedah dan kos keahlian penuh dalam WTO. - Gambar hiasan
MOSCOW: Moscow tidak akan menarik diri dari Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) walaupun terdapat beberapa negara cuba menyingkirkan Rusia daripada organisasi itu, dakwa ketua Kementerian Luar Rusia, jabatan kerjasama ekonomi, Dmitry Birichevsky dalam temu bual dengan Sputnik.
"Rusia sedang mempertimbang semua pilihan untuk menyertai perdagangan pelbagai hala, menganalisis imbangan faedah dan kos keahlian penuh dalam WTO, kata diplomat itu.
"Pada masa yang sama, kami memutuskan untuk kekal dalam organisasi sebagai ahli penuh bagi mengekalkan hubungan yang stabil dengan negara membangun yang bersedia meneruskan kerjasama secara adil dan mengambil kira kepentingan bersama," kata Birichevsky.
Birichevsky mendakwa ia bukan rahsia bahawa terdapat negara-negara dan persatuan yang tidak mesra Moscow cuba menyingkirkan Rusia keluar dari WTO.
--BERNAMA-SPUTNIK
#Rusia #WTO #Dmitry Birichevsky #perdagangan
;