Won Korea melemah dengan ketara susulan pengisytiharan undang-undang tentera
Bernama
Disember 3, 2024 05:30 MYT
Disember 3, 2024 05:30 MYT
SEOUL: Mata wang Korea Selatan, won, jatuh dengan ketara berbanding dolar AS pada Selasa susulan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Presiden Yoon Suk Yeol, lapor agensi berita Yonhap.
Won Korea merosot kepada serendah 1,430 won setiap dolar dalam dagangan luar pesisir malam tadi, selepas Yoon membuat pengisytiharan itu dalam siaran langsung mengejut pada lewat malam, dengan menuduh pihak pembangkang menguasai parlimen dan melumpuhkan kerajaan melalui "aktiviti anti-negara."
Ia adalah paras terendah sejak 26 Okt 2022, apabila mata wang tempatan itu jatuh kepada 1,432.4 won semasa dagangan dalam sesi harian.
Dalam dagangan domestik, mata wang tempatan itu didagangkan pada kadar 1,402.9 won berbanding dolar AS pada 3.30 petang, turun 1.6 won berbanding sesi sebelumnya. - BERNAMA