#WomensMarch: Selebriti Hollywood sertai demonstrasi protes Donald Trump
Kohilah Sekaran
Januari 23, 2017 04:52 MYT
Januari 23, 2017 04:52 MYT
Lebih dari satu juta wanita di seluruh dunia berarak sebagai tanda protes terhadap Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
BERATUS-RATUS ribu wanita di Amerika Syarikat berarak sebagai tanda protes terhadap Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, semalam.
Women's March dianjurkan untuk menyuarakan bantahan terhadap pentadbiran Trump dan ancaman politik yang ditujukan oleh beliau terhadap golongan wanita.
Selain membantah Trump, Women’s March juga mempertahankan kesaksamaan jantina, penjagaan kesihatan wanita dan isu-isu lain yang dianggap terancam di bawah pemerintahan politik.
Washington, DC
New York
Boston
San Francisco
Perarakan tersebut turut menyaksikan kehadiran selebriti terkenal.
Madonna, Katy Perry, Emma Watson, Vanessa Hudgens dan Kristen Stewart di Washington, DC
Rihanna di New York
Miley Cyrus, Ariana Grande di Los Angeles
Sementara itu Sisters March turut berlangsung di seluruh dunia sebagai tanda solidariti kepada Women’s March.
Sekurang-kurang 30 buah negara terlibat dalam perarakan ini.
Antaranya ialah Australia, Alaska, London, Brazil, Mexico, South Africa dan India.
Kenya
Australia
London
Alaska
India
Donald Trump mengangkat sumpah sebagai Presiden ke-45 Amerika Syarikat pada 21 Januari lalu di Capitol Hill, Washington DC.