Wisconsin laksana arahan pemakaian pelitup muka di tempat awam
Khairunnisa Kasnoon
November 19, 2020 07:51 MYT
November 19, 2020 07:51 MYT
MADISON: Gabenor Wisconsin, Tony Evers merancang untuk mengarahkan pemakaian pelitup muka di tempat awam bagi mengelakkan jangkitan COVID-19.
Menurut Evers, pihaknya akan melanjutkan mandat pemakaian pelitup muka sehingga Januari dan mengeluarkan arahan itu sebelum akhir minggu ini.
Beliau meminta Republikan untuk menyokong usahanya dengan memaklumkan peningkatan kes melebihi 6,400 sepanjang tujuh hari kebelakangan ini.
Bagaimanapun arahan terbaru gabenor mendapat reaksi pelbagai penduduk tempatan.
Ada yang menyokong dan ada juga yang menentang dengan menyifatkan langkah itu agar sukar untuk dituruti orang ramai.
"Bagi saya ini adalah keperluan (memakai pelitup muka) dan saya akan meneruskannya walaupun tempoh arahan sudah berlalu," ujar pemilik salon, Rainie Pellien.
"Ia agak sukar untuk dilaksanakan. Saya di sini bukan untuk memberitahu orang ramai apa yang boleh, apa yang tidak boleh dilakukan," kata Melissa Maas, pemilik kedai bunga.