WHO ulang desakan wujud perjanjian pandemik antarabangsa
Astro Awani
Mei 31, 2021 06:07 MYT
Mei 31, 2021 06:07 MYT
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengulangi desakan untuk mewujudkan perjanjian pandemik antarabangsa.
Ketua Pengarahnya, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus menegaskan, komitmen itu akan memperkukuhkan persediaan agensi dunia itu berdepan pandemik selepas ini.
Dr Tedros juga mengalu-alukan tindakan anggota WHO berhubung resolusi baharu badan itu.
“Kita memerlukan komitmen asas yang akan memperkukuh kitaran dana, kitaran pemilihan dan kitaran media, yang akan mewujudkan rangka kerja untuk menghubungkan mekanisme politik, kewangan dan teknikal yang diperlukan untuk memperkukuh aspek keselamatan kesihatan global,” katanya.
Resolusi terbaharu WHO itu menggariskan beberapa langkah konkrit untuk menangani pandemik.
Ia termasuk penubuhan kumpulan kerja yang dianggota enam individu untuk meneliti pelbagai reformasi yang dicadangkan.
Bagaimanapun, beliau mengakui sebahagian besar cadangan yang dikemukakan memerlukan perbincangan lanjut di kalangan negara anggota.
WHO sebelum ini meluluskan resolusi untuk Perhimpunan Agung tahunan November ini, dengan sasaran untuk mencapai satu deklarasi mengenai persediaan berdepan pandemik.