WHO tingkatkan usaha tangani kolera di Somalia
Bernama
Oktober 25, 2023 23:15 MYT
Oktober 25, 2023 23:15 MYT
MOGADISHU: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu berkata badan kesihatan dunia itu akan meningkatkan usaha membendung penularan kolera di Somalia.
Sebanyak 29 daerah di Somalia terus dilanda wabak itu sejak 2022 dan di wilayah Banadir sejak 2017.
Sebanyak 14,191 kes disyaki kolera, termasuk 38 kematian dilaporkan sejak Januari.
"WHO dan rakan kongsinya mempertingkat pelaksanaan aktiviti kesiapsiagaan dan tindak balas berikutan banjir kilat dijangka melanda kesan daripada fenomena El Nino yang dijangka bermula pada Oktober 2023," kata WHO, lapor Xinhua.
Selain kolera, WHO juga memberi amaran mengenai risiko penyakit bawaan air dan ancaman kesihatan yang lain.
WHO berkata kira-kira 308 kes baharu dilaporkan dengan satu kematian dan jumlah kes kolera meningkat sebanyak 33 peratus sejak dua minggu lepas.
-- BERNAMA