GENEVA:Pertubuhan Kesihan Sedunia (WHO) menggesa orang ramai mendapatkan suntikan vaksin bagi mencegah influenza menjelang musim sejuk sebagai usaha mencegah selesema dan COVID-19.

Ketua Pengarahnya, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus menekankan, setiap tahun, terdapat sehingga 3.5 juta kes selesema yang teruk di seluruh dunia dan hingga 650,000 kematian berkaitan pernafasan.

Ujarnya, bagaimanapun sepanjang musim sejuk tahun ini, jumlah kes jangkitan dan kematian kurang daripada biasa kerana langkah yang dilakukan bagi mencegah COVID-19.

Kira-kira 80 peratus negara di seluruh  Eropah  menyaksikan peningkatan kes COVID-19 dan kes di 37 wilayah dari 13 negara telah meningkat.

"Minggu lalu, jumlah kes yang dilaporkan di Eropah hampir tiga kali ganda tinggi daripada gelombang pertama pada Mac lalu. Walaupun angka korban yang dilaporkan di Eropah minggu lalu lebih rendah daripada bulan Mac, kemasukan  ke hospital meningkat dan banyak bandar memaklumkan akan mencapai kapasiti maksimum rawatan rapi dalam beberapa minggu mendatang," katanya.

Justeru, WHO menyarankan vaksin infleunza disasarkan kepada lima kumpulan utama iaitu wanita hamil, pesakit kronik, warga emas, pekerja kesihatan dan kanak-kanak.