WHO sambung semula ujian klinikal ubat anti malaria

Astro Awani
Jun 3, 2020 22:56 MYT
WHO umum ujian klinikal ubat anti malaria Hydroxychloroquine bagi rawatan koronavirus akan diteruskan semula. -Gambar fail
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) umum ujian klinikal ubat anti malaria bagi rawatan koronavirus akan diteruskan semula.
Badan itu merumuskan tiada sebab untuk menukar protokol ujian selepas meneliti data mortaliti.
WHO menghentikan ujian klinikal Hydroxychloroquine 25 Mei lalu.
Ia selepas kajian mencadangkan penggunaan ubat anti malaria itu meningkatkan risiko kematian dalam kalangan pesakit COVID-19.
"Berdasarkan ujian berterusan yang dikendalikan beberapa pihak lain melibatkan lebih 11,000 pesakit, kami yakin tiada kesan yang ditunjukkan berhubung kematian.
"Jawatankuasa pemantauan data telah mencadangkan supaya ujian klinikal itu boleh diteruskan.
"Hydroxychloroquine lazimnya digunakan untuk merawat keradangan saraf," kata ketua saintis WHO, Dr Soumya Swaminathan
Namun banyak pihak termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mendakwa ubat itu berkesan untuk merawat koronavirus.
Lebih 3,500 pesakit disenaraikan di 35 negara untuk mengambil bahagian dalam ujian klinikal itu.
#Amerika Syarikat #COVID-19 #Donald Trump #Hydroxychloroquine #koronavirus #Pertubuhan Kesihatan Sedunia #ubat anti malaria #WHO