WHO sahkan ubat steroid sebagai rawatan pesakit COVID-19 kritikal

Agencies
September 3, 2020 11:12 MYT
WHO mengesyorkan sistematik kortikosteroid untuk rawatan menggunakan ubat steroid kepada pesakit dengan covid-19 yang parah dan kritikal. - Reuters
Kajian terbaharu mengesahkan beberapa jenis steroid meningkatkan kadar kelangsungan hidup bagi pesakit COVID-19 yang parah, sekali gus menjadikannya ubat paling murah untuk rawatan itu.
Analisis dan ujian klinikal yang diketuai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) diterbitkan pada Rabu oleh Jurnal Persatuan Perubatan Amerika.
Kajian itu mendapati steroid mengurangkan risiko kematian pada bulan pertama sekitar satu pertiga berbanding dengan plasebo rawatan atau rawatan biasa kepada pesakit yang parah dan memerlukan oksigen tambahan.
WHO mengesyorkan sistematik kortikosteroid untuk rawatan pesakit dengan COVID-19 yang parah dan kritikal.
Ketua Rawatan Klinikal Program Kecemasan Kesihatan WHO, Dr. Janet Diaz menyatakan bukti menunjukkan rawatan itu dapat memberikan intervensi menyelamatkan nyawa.
“Kami mempunyai dua cadangan mudah. Salah satunya ialah kami mencadangkan dengan tinggi untuk menggunakan kortikosteroid pada pesakit yang parah, atau penyakit kritikal.
“Cadangan kedua, adalah tidak menggunakan kortikosteroid pada pesakit yang mempunyai kesakitan ringan dan masalah dengan penyakit ringan adalah sebenarnya ia boleh menyebabkan bahaya,” katanya.
Jelasnya, ubat steroid tidaklah mahal dan banyak tersedia serta telah digunakan selama beberapa dekad.
Ubat steroid juga mengurangkan keradangan yang kadangkala dihadapi pesakit COVID-19 apabila sistem kekebalan tubuh memberi tindak balas berlebihan untuk melawan jangkitan.
Tindak balas berlebihan ini merosakkan paru-paru dan boleh membawa maut.
“Sebanyak lebih daripada 7,000 pesakit yang dipilih rawak menggunakan kortikosteroid atau rawatan biasa dan dalam sintesis bukti itu kami mendapati anggaran kesan bahawa anda akan mempunyai kurang sembilan kematian bagi setiap 100 pesakit dan jika anda terjemahkan ini, ia akan memerlukan merawat 14 pesakit untuk menyelamatkan satu nyawa,” jelas beliau.
Jelas Diaz lagi, garis panduannya adalah kortikosteroid tidak boleh digunakan untuk kes-kes ringan COVID-19.
#Jurnal Persatuan Perubatan Amerika #koronavirus #parah #Pertubuhan Kesihatan Sedunia #perubatan #rawatan biasa #steroid #WHO
;