WHO lancar akses data, teknologi, rawatan untuk semua

Astro Awani
Mei 16, 2020 14:19 MYT
WHO berkata, teknologi vaksin, ubat-ubatan dan diagnostik akan dilancarkan dalam masa beberapa minggu akan datang.
PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) dan Costa Rica menggariskan satu inisiatif baharu bagi seluruh dunia untuk mengakses teknologi kesihatan berkaitan COVID-19.
Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Grebeyesus berkata, teknologi vaksin, ubat-ubatan dan diagnostik akan dilancarkan dalam masa beberapa minggu akan datang.
Ini sekali gus membuka platform untuk perkongsian ilmu, data dan harta intelek secara kolaboratif mengenai alatan kesihatan yang ada dan yang baharu, dalam menangani wabak COVID-19.
Sementara itu, Presiden Costa Rica, Alvarado Quesada berkata, pada dasarnya, idea tersebut adalah bagi tujuan solidariti dan satu seruan kepada semua untuk bertindak melaksanakan perkara itu.
Ujarnya, kumpulan secara global ini akan mempunyai akses kepada teknologi, data, rawatan dan vaksin baru supaya negara di seluruh dunia bersatu dalam memerangi pandemik itu.
#Costa Rica #inisiatif baharu #Pertubuhan Kesihatan Sedunia #Tedros Adhanom Ghebreyesus #teknologi #ubat #vaksin #WHO
;