WHO hargai komitmen, sokongan Malaysia dalam sektor kesihatan

Hafizi Rosli
Mei 28, 2022 12:33 MYT
Tedros memuat naik di Twitter foto bersama Khairy Jamaluddin dan Dr Noor Hisham ketika menghadiri WHA75 di Geneva, Switzerland. - Foto Twitter Tedros Adhanom Ghebreyesus
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus menzahirkan penghargaan kepada Malaysia atas komitmen dan sokongan berterusan terhadap sektor kesihatan.
Menerusi muat naik di laman Twitter, beliau turut menghargai kepimpinan sektor kesihatan negara ini yang diterajui Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
"Gembira bertemu Khairy Jamaluddin ketika WHA75. Saya berterima kasih kepadanya atas sokongan Malaysia untuk pembiayaan mampan WHO.
"Dan juga atas kepimpinannya dalam memperhalusi kerja sektor kesihatan, usaha mengawal penggunaan tembakau di Malaysia dan memajukan pembedahan selamat," katanya.
Tedros turut memuat naik gambar bersama Khairy Jamaluddin dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika menghadiri Persidangan Kesihatan Sedunia Sesi Ke-75 (WHA75) di Geneva, Switzerland.

Pleased to meet with @Khairykj, #Malaysia Health Minister, at #WHA75. I thanked him for 's support for sustainable financing of @WHO; for leadership on behavioural insights for health work; efforts to control tobacco use in the country; & to advance safe surgery. #HealthForAll pic.twitter.com/VtQQD85NJP

— Tedros Adhanom Ghebreyesus (@DrTedros) May 27, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
WHA adalah badan pentadbir tertinggi WHO dan menjadi perhimpunan berkala yang dihadiri Menteri Kesihatan, Ketua Pengarah Kesihatan dan pakar dalam bidang kesihatan.
Sebelum ini, Khairy Jamaluddin secara rasmi dilantik sebagai salah seorang Naib Presiden WHA.
Dengan pemilihan ini, Khairy Jamaluddin bersama empat lagi naib presiden akan mewakili rantau masing-masing di perhimpunan yang akan dihadiri oleh 194 negara anggota WHO setiap tahun.
#WHO #WHA75 #Khairy Jamaluddin #Tedros Adhanom Ghebreyesus
;