GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin memberi amaran mengenai bahaya membeli vaksin yang mahal daripada orang tengah, mengingatkan negara-negara supaya membeli vaksin yang diperakui oleh WHO dan mengenal pasti asal-usul produk itu, lapor Xinhua.
"Kami juga sedar wujud kebimbangan akan vaksin lain ... melalui orang tengah (satu vaksin) pada harga yang jauh lebih tinggi berbanding harga sebenar yang dijual oleh pengeluar," kata Penolong Ketua Pengarah WHO Mariangela Batista Galvao Simao, untuk Akses kepada Ubat-ubatan dan Produk Kesihatan, semasa sidang media.
Isu peranan perantara untuk membeli vaksin dibahaskan baru-baru ini apabila terdapat orang tengah di Emiriah Arab Bersatu dikesan menjual vaksin Sputnik ke Ghana dan Pakistan pada harga dua kali ganda daripada harga asal.
Simao berkata, negara harus membeli secara langsung daripada pengilang atau "menghubungi pengilang untuk memastikan bahawa perantaraan itu sah."
"Terdapat banyak produk COVID yang tidak menepati piawaian dan palsu yang dikomersialkan di luar sana, jadi anda perlu mengetahui asal usulnya," kata beliau.
Simao juga mengatakan bahawa penting untuk memvaksinasi orang ramai dengan produk yang diperakui oleh WHO.
"WHO menasihatkan negara-negara supaya menggunakan vaksin yang telah disenaraikan untuk tujuan kecemasan," katanya, merujuk pada Senarai Penggunaan Kecemasan yang digunakan oleh organisasi itu untuk meluluskan vaksin baharu.
Setakat ini, lapan vaksin COVID-19 telah diluluskan oleh WHO untuk kegunaan kecemasan, termasuk dua vaksin China - Sinopharm dan Sinovac, yang kedua-duanya telah diedarkan di beberapa negara di seluruh dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 08 2021
WHO mengingatkan bahawa adalah penting untuk memvaksinasi orang ramai dengan produk yang diperakui. - Gambar fail
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Mpox kekal sebagai kecemasan kesihatan awam global - WHO
Ketua Pengarah WHO mengumumkan bahawa virus mpox terus menjadi kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan dunia.
Malaysia berpotensi jadi peneraju penyelidikan ubat botani
Malaysia, yang memiliki lebih 15,000 spesies tumbuhan ubatan, mempunyai potensi besar untuk menerajui penyelidikan ubat botani, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Malaysia berhadapan 87,000 kematian akibat Kerintangan Antimikrob menjelang 2030 jika tiada intervensi
Malaysia bakal menyaksikan unjuran kematian sebanyak 87,000 sekitar 2020 hingga 2030 sekiranya tiada sebarang intervensi dibuat bagi memerangi Kerintangan Antimikrob (AMR).
WHO keluar amaran kes campak melonjak di peringkat global
Anggaran kes global pada 2023 mencecah 10.3 juta, dengan hampir 110,000 kematian direkodkan.
WHO bakal muktamadkan perjanjian pandemik global menjelang Mei
Amprou menekankan bahawa dengan komitmen politik yang kukuh daripada negara anggota, rundingan "sedang berjalan ke arah yang diharapkan".
Kebuluran hampir berlaku di utara Gaza - Ketua WHO
"Terdapat kemungkinan besar bahawa kebuluran akan berlaku di utara Semenanjung Gaza," kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Afrika hadapi wabak mpox yang kritikal, kes melebihi 50,000
Sebanyak 19 negara Afrika melaporkan 50,840 kes mpox, dengan 10,741 kes disahkan dan 1,083 kematian sejak awal tahun ini.
WHO bakal pindahkan lebih 100 pesakit dari Gaza
WHO merancang untuk memindahkan lebih 100 pesakit dari Semenanjung Gaza pada Rabu, dalam operasi pertama seumpamanya di Wilayah Palestin.
Fasa akhir kempen vaksinasi polio di utara Gaza disambung - WHO
WHO merancang untuk memberikan dos kedua vaksin polio oral kepada 119,000 kanak-kanak di kawasan berkenaan.
Ketua WHO umum vaksinasi polio di utara Gaza disambung semula hari ini
Ketua WHO mengumumkan program vaksinasi polio yang tertangguh di utara Gaza akan disambung semula pada Sabtu.