WHO beri amaran penduduk Gaza berdepan 'bahaya besar'

Astro Awani
Disember 27, 2023 07:30 MYT
Masyarakat antarabangsa digesa untuk mengambil langkah segera untuk mengurangkan bahaya besar yang dihadapi penduduk Gaza. - Foto AP
KETUA Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata pasukannya telah menjalankan misi "berisiko tinggi" untuk menghantar bekalan ke hospital di utara dan selatan Gaza.
Menurut beliau, dalam misi berkenaan, pasukannya juga menyaksikan "ketegangan yang sangat tinggi di kawasan konflik itu selain beban pesakit serta kesesakan".
“Hari ini, saya mengulangi seruan saya kepada masyarakat antarabangsa untuk mengambil langkah segera untuk mengurangkan bahaya besar yang dihadapi penduduk Gaza dan menjejaskan keupayaan pekerja kemanusiaan untuk membantu mereka yang mengalami kecederaan dan kelaparan melampau serta berisiko teruk dijangkiti penyakit,” kata Tedros lagi.

WHO teams deliver supplies to hospitals in Northern and Southern Gaza - New mass displacement of Palestinians fleeing fighting, health facilities crammed with people seeking refuge, food WHO teams have undertaken high-risk missions to deliver supplies, with partners, to pic.twitter.com/aHwZMpFu5D

— World Health Organization (WHO) (@WHO) December 27, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Perang Palestin-Israel #WHO #bahaya besar di Gaza #israel serang gaza
;