White House ucap takziah atas kejadian menyayat hati di Mina

AFP
September 24, 2015 16:16 MYT
White House pada Khamis merakamkan ucapan takziah selepas insiden menyayat hati melibatkan ribuan jemaah haji di Arab Saudi yang telah mengakibatkan lebih 700 warga Islam maut. - Gambar AP
White House pada Khamis merakamkan ucapan takziah selepas insiden menyayat hati melibatkan ribuan jemaah haji di Arab Saudi yang telah mengakibatkan lebih 700 warga Islam maut.
“Amerika Syarikat merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan ratusan ribu jemaah haji yang terkorban dalam insiden rempuhan di Mina, Arab Saudi,” kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara Ned Price.
“Ketika warga Islam di seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidiladha, kami turut berdukacita dan bersimpati dengan nasib jemaah haji terlibat.”
Insiden berlaku pada jam 11.30 pagi (waktu Arab Saudi) di pintu masuk Jambatan Jamrah berhampiran Jalan 204 yang merupakan laluan utama jemaah haji ke kawasan melontar di Mina.
Setakat ini, seramai 717 jemaah haji dilaporkan terkorban dan 863 orang mengalami kecederaan.
GALERI FOTO: Insiden rempuhan di Mina
#hari raya aidiladha #Mina #Ned Price #White House