White House sifatkan aplikasi TikTok ancam isu keselamatan

Astro Awani
Mac 3, 2023 08:15 MYT
Amerika Syarikat (AS) sehingga kini membangkitkan kebimbangan mengenai isu keselamatan berkaitan TikTok. - Gambar hiasan
WASHINGTON: White House sifatkan wujud masalah dan isu pada aplikasi media sosial TikTok, hingga mengancam isu kepentingan keselamatan.
Menurut Setiausaha Akhbar White House, Karine Jean-Pierre, TikTok didakwa menjadi platform mengumpul maklumat keselamatan.
"Adalah jelas sejak awal mengenai pendirian kami terhadap TikTok dan kebimbangan kami mengenai China.
"Ini kerana mereka menggunakan kelebihan dalam teknologi digital dan data yang dikumpul hingga boleh mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara," katanya.
Amerika Syarikat (AS) sehingga kini membangkitkan kebimbangan mengenai isu keselamatan berkaitan TikTok.
Ia mewajibkan semua kakitangan persekutuan memadam aplikasi itu daripada telefon pintar yang dibekalkan kerajaan.
Beberapa negara lain turut melaksana langkah sama atas alasan kebimbangan tentang risikan.
Pada 2017, China menguatkuasa undang-undang mewajibkan syarikat menyerahkan kepada Beijing sebarang data berkaitan keselamatan negara.
Bagaimanapun, tiada sebarang bukti TikTok mengemukakan data itu kepada Beijing.
Sementara itu, China menyifatkan larangan dikenakan AS mendedahkan satu bentuk ketakutan dan salah guna kuasa.
#TikTok #isu kepentingan keselamatan #Karine Jean-Pierre #media sosial
;