White House menafikan hubungan sulit Trump
Agensi
Mac 26, 2018 07:14 MYT
Mac 26, 2018 07:14 MYT
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menafikan dakwaan yang dibuat oleh bintang filem lucah Stormy Daniels pada sesi temubual yang disiarkan oleh CBS.
Menurut jurucakap White House Raj Shah, Trump sedia maklum tentang apa yang diperkatakan oleh Daniels pada sesi tersebut.
"Presiden tidak percaya apa-apa tuntutan Daniels dibuat dalam wawancara malam tadi adalah tepat," katanya ketika diasak oleh media.
Beliau memberitahu bahawa Trump juga menafikan dakwaan Daniels atau nama sebenarnya Stephanie Clifford diancam selepas mengadakan hubungan seks dengan beliau.
"Tiada apa-apa untuk menyokong tuntutannya," kata jurucakap itu.
Beliau berkata Trump "secara konsisten menafikan tuduhan-tuduhan" yang menyatakan dia ada hubungan seksual dengan Daniels.
Penampilan TV oleh Daniels yang menyaman Trump atas perkara itu, juga menimbulkan penolakan dari peguam peribadi presiden, Michael Cohen, bahawa peguam itu turut terlibat dalam ancaman terhadap Daniels.
"Cohen sama sekali tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan mana-mana orang atau insiden itu, dan tidak percaya bahawa ada orang sedemikian, atau insiden itu pernah berlaku," kata surat itu.
Menurut CBS jumlah tontonan wawacancara tersebut telah meningkat dua kali ganda ketika ia disiarkan dengan mencatat 21.3 juta penonton.