White House lega Presiden Yoon tarik balik undang-undang tentera

Agensi
Disember 3, 2024 07:30 MYT
Pentadbiran Joe Biden lega selepas Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol menarik balik pengisytiharan undang-undang tentera selepas dibantah oleh Parlimen negara itu. - Gambar fail AP
WASHINGTON: Pentadbiran Amerika Syarikat (AS) menyatakan kelegaan selepas Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol menarik balik pengisytiharan undang-undang tentera selepas dibantah oleh Parlimen negara itu.
"Kami berasa lega Presiden Yoon telah mengubah haluan mengenai pengisytiharan undang-undang tentera dan menghormati undian Dewan Negara Korea untuk membatalkannya," kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara.
“Demokrasi adalah asas kepada pakatan AS-Korea dan kami akan terus memantau keadaan.”
Presiden AS, Joe Biden masih belum mengulas secara substantif mengenai situasi itu, yang mengejutkan itu.
Sebaliknya, Biden secara ringkas memberitahu pemberita, beliau akan diberi taklimat mengenai perkara itu selepas menyampaikan ucapan di sebuah acara hari ini. - Agensi
#White House #Korea Selatan #undang-undang tentera #Presiden Yoon Suk Yeol
;