White House berang dengan serangan ke atas pekerja bantuan WCK
Astro Awani
April 2, 2024 07:30 MYT
April 2, 2024 07:30 MYT
WASHINGTON: White House dilaporkan berang dengan serangan udara Israel ke atas pekerja bantuan World Central Kitchen (WCK) hingga mengorbankan tujuh nyawa.
Jurucakap Majlis Keselamatan White House, John Kirby memaklumkan Washington mengecam serangan tersebut dan Israel perlu bertanggungjawab.
"Kami sangat marah dengan serangan IDF yang membunuh beberapa petugas World Central Kitchen, yang tanpa gagal bekerja untuk mengedarkan makanan kepada golongan yang memerlukan di Gaza dan sejujurnya di seluruh dunia.
"Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mereka yang terlibat. Kami jangkakan siasatan menyeluruh akan dijalankan dengan cepat dan sewajarnya.
"Kami berharap hasil siasatan ini akan diumumkan dan mereka yang terlibat perlu bertanggungjawab," katanya.
Sementara itu, Presiden Joe Biden dilaporkan menghubungi pengasas WCK untuk mengucapkan takziah.
Serangan ke atas konvoi WCK membunuh petugas badan bantuan itu yang merupakan warga Australia, Britain, Poland, Amerika Syarikat dan Kanada.