WEF ASEAN: Disenarai hitam dari memasuki Vietnam, aktivis Malaysia ditahan lebih 10 jam

Astro Awani
September 10, 2018 13:12 MYT
Stothard dihantar pulang dari Hanoi ke Malaysia awal pagi Isnin. - Foto Astro AWANI
Setiausaha Agung Persekutuan Hak Asasi Kemanusian Antarabangsa, Debbie Stothard diharamkan dari memasuki Hanoi sejurus selepas beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa No Bai di Hanoi pada petang Ahad.
Stothard dijangka menghadiri Forum Ekonomi Dunia mengenai ASEAN 2018 (WEF ASEAN) selama tiga hari di Pusat Konvensyen Nasional di sini ditahan selepas beliau tiba di ibu negara Vietnam itu dari menghadiri forum kemanusiaan di Manila beberapa hari lalu.
"Penahanan saya adalah simptom yang lebih besar dalam rantau ini. ASEAN tidak boleh maju ke hadapan sebagai komuniti ekonomi rantau ini jika ahli-ahlinya enggan mematuhi dengan asas hak asasi manusia bertaraf dunia dengan menidakkan suara komuniti kami dan membaik pulih prestasi hak asasi, Vietnam bukan sahaja menjejaskan rantau ini, namun beberapa aspek lain termasuk rantaian bekalan global (global supply chain).
"Kami perlu 'rule of law' (peraturan perundangan), kami perlu bebas rasuah dan kami perlukan asas kepada hak asasi manusia seperti kebebasan bersuara dan kebebasan mendapatkan maklumat," kata Debbie dalam satu video eksklusif kepada Astro AWANI malam tadi.
Stothard ditahan dan dihantar pulang ke Malaysia selepas ditahan sejak jam 3 petang semalam di Lapangan Terbang di sini oleh pihak berkuasa tempatan. Beliau dihantar pulang ke Malaysia sekitar jam 8.45 pagi.

Being held in Hanoi Airport "Immigration Refusal Room" for next 13 hrs. Arrrived for #WorldEconomicForum #ASEAN but Vietnam blacklisted me. Have to ask the 2 polite young security guarding me 4 permission 2 bathroom & food. Room large & clean but no privacy. Not 4 TripAdvisor

— Debbie Stothard (@DebbieStot) September 9, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau sepatutnya menghadiri WEF, salah sebuah acara terbesar yang mengumpulkan ketua-ketua negara di Asia Tenggara termasuk dari Malaysia, Indonesia, Myanmar dan Singapura.
Malaysia diwakili oleh Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Darell Leiking dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman.
Delegasi Malaysia turut disertai Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.
#ASEAN #Debbie Stothard #Forum Ekonomi Dunia #Hanoi #perundangan #Pusat Konvensyen Nasional Hanoi #Rasuah