WEF 2025: Israel mahu jadikan Gaza seperti Dubai
Astro Awani
Januari 23, 2025 19:50 MYT
Januari 23, 2025 19:50 MYT
DAVOS: Israel mahu melihat Gaza berubah menjadi seperti Dubai.
Ringkasan AI
- Israel mahu melihat Gaza berubah menjadi seperti Dubai, tetapi hanya jika Hamas memilih untuk berdamai secara kekal dengan Israel.
- Menteri Ekonomi Nir Barkat menyatakan bahawa Israel bersedia membolehkan UAE, Arab Saudi, dan pihak lain membina semula Gaza dengan syarat ia tidak mengancam Israel.
- Kenyataan ini mencetuskan pelbagai reaksi, dengan sesetengah pihak melihatnya sebagai peluang pembangunan ekonomi dan kestabilan, manakala yang lain menganggapnya sebagai bentuk penjajahan ekonomi oleh Israel.
Menurut Menteri Ekonomi Nir Barkat, Gaza hanya boleh dibangunkan semula jika Hamas memilih untuk berdamai secara kekal dengan Israel, lapor Al Jazeera.
Dia merujuk kepada Dubai yang mengiktiraf Israel dan memberi tumpuan kepada ekonomi bersama.
Barkat menegaskan bahawa sama ada mereka mahu membina sebuah Dubai atau membangunkan semula Gaza seperti mana asalnya.
"Persoalan utama adalah sama ada mereka mahu membina sebuah Dubai atau membangunkan semula Gaza seperti keadaan asalnya.
"Dubai mengiktiraf Israel, mereka memberi tumpuan kepada ekonomi bersama... Kami ingin melihat Dubai di rantau kami, bukan Gaza," kata Barkat pada Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland.
Walaupun tidak menyatakan sama ada Israel akan membantu membiayai pembinaan semula Gaza yang telah dibom selama lebih setahun, Barkat berkata Israel akan pasti bersedia untuk membolehkan UAE, Arab Saudi, dan pihak lain untuk membina semula sesuatu yang tidak mengancam Israel.
Kenyataan ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat antarabangsa yang melihatnya sebagai peluang pembangunan ekonomi dan kestabilan di Gaza, dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai satu lagi bentuk penjajahan ekonomi oleh Israel.