WCK kembali operasi di Gaza
Astro Awani
Mei 1, 2024 08:40 MYT
Mei 1, 2024 08:40 MYT
GAZA: World Central Kitchen (WCK) atau Dapur Pusat Dunia pada Selasa memaparkan beberapa gambar yang menunjukkan sebilangan kakitangan dan sukarelawan bekerja di Gaza.
WCK berkata ia akan menyambung semula operasi di Semenanjung Gaza pada Isnin, sebulan selepas tujuh pekerja badan amal yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu terbunuh dalam serangan udara Israel.
Sebelum menghentikan operasi, WCK telah mengagihkan lebih daripada 43 juta makanan di Gaza sejak Oktober, mewakili 62 peratus daripada semua bantuan NGO antarabangsa dengan sendirinya.
Badan amal itu berkata ia mempunyai 276 trak bersamaan dengan hampir 8 juta hidangan yang tersedia untuk masuk melalui Lintasan Rafah dan juga akan menghantar trak ke Gaza dari Jordan.
Kematian pada 1 April mencetuskan kecaman meluas dan tuntutan daripada sekutu Israel, termasuk AS untuk mendapatkan penjelasan.
Israel berkata siasatannya mendapati berlaku kesilapan serius dan pelanggaran prosedur oleh tenteranya, sekali gus bertindak memecat dua pegawai kanan dan menegur komander kanan.
WCK bagaimanapun menuntut siasatan bebas.