Wartawan Reuters ditahan, PBB suara kerisauan

Agensi
Disember 14, 2017 18:27 MYT
Guterres dalam sidang media di Jepun ingin komuniti antarabangsa mengambil tindakan untuk menhentikan krisis Rohingya. (foto: REUTERS/Hannah McKay)
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres suarakan kerisauan berkenaan penahanan dua wartawan Reuters warga Myanmar yang didakwa memiliki dokumen sulit polis Myanmar.
Namun menurutnya, apa yang lebih membimbangkan adalah pencabulan hak asasi manusia di negara itu.
Guterres dalam sidang media di Jepun ingin komuniti antarabangsa mengambil tindakan untuk menamatkan krisis Rohingya.
Dua wartawan itu, Wa Lone dan Kyaw Soe Oo, ditahan kerana miliki dokumen sulit yang diterima dari 2 anggota polis yang bekerja di Rakhine.
Sebelum ini, pelarian Rohingya dakwa mereka berdepan kekerasan dan keganasan daripada anggota keselamatan Myanmar yang bertugas di kawasan berkenaan.
Pihak berkuasa Myanmar laporkan wartawan dan polis yang terlibat akan didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi dan jika didapati bersalah akan dipenjara 14 tahun.
#keselamatan #Media #Myanmar #PBB #pelarian #polis #Rakhine #Rohingya
;