Wartawan Radio BBC melakukan protes 24 jam

Associated Press
Februari 19, 2013 13:44 MYT
Sekumpulan wartawan Radio BBC melakuan protes selama 24 jam sebagai membantah langkah pengurusan memecat beberapa kakitangan dikalangan mereka.
Mereka turut kecewa dengan hasrat pihak tertinggi untuk menamatkan beberapa program di rangkaian Radio BBC.
Protes terjadi setelah pertemuan diantara Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) dan pihak pengurusan gagal mencapai kesepakatan mengenai perpindahan wajib 30 wartawan BBC.
Protes itu menyebabkan berlaku gangguan bagi produksi penyiar radio berkenaan.
Ekoran protes itu, beberapa rancangan di rangkaian radio itu terpaksa digugurkan dari jadual asal.
Ia digantikan dengan rancangan ulangan dan ringkasan berita.
Selain itu ada juga rancangan yang terpaksa dikendalikan oleh penyampai yangberbeza.
“Tindakan protes ini terpaksa diambil untuk mempertahankan pekerjaan rakan sekerja mereka serta demi amalan kewartawanan berkualiti di rangkaian berkenaan” tegas Setiausaha Agung NUJ, Michelle Stanistreet ketika ditemui pemberita.
Sejak lima tahun lalu, badan penyiar paling berpengaruh di Britain itu telah membuang lebih dua ribu pekerja.
NUJ mendakwa pihak pengurusan bBBC telah gagal mengikut prosedur pemberhentian pekerja seperti yang dipersetujui dalam perjanjian bersama.
#NUJ #protes 24jam #Radio BBC #wartawan
;