Wartawan Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel

Astro Awani
Julai 31, 2014 11:36 MYT
Rayan berada di pasar berkenaan untuk membuat laporan tentang aktiviti membeli-belah rakyat Palestin ketika beliau terbunuh. - Hazem Balousha@iHaZeMi
Seorang wartawan Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas sebuah pasar di Shejaiya, Gaza pada Rabu, menurut Jawatankuasa Perlindungan Wartawan (CPJ).
Rami Rayan, jurugambar Palestine Network for Press and Media, berada di pasar berkenaan untuk membuat laporan mengenai aktiviti membeli-belah rakyat Palestin ketika satu gencatan senjata selamat empat jam yang ditawarkan Israel untuk tujuan kemanusian.
CPJ melaporkan Rayan ditangkap gambar memakai jaket dan topi keledar yang ditulis ‘PRESS’ ketika dia dibawa he hospital.
"Israel tidak menunjukkan bukti bahawa ia cuba mengelakkan kematian orang awam, termasuk wartawan, dalam serangannya ke atas Gaza," kata Penyelaras Program CPJ Timur Tengah dan Afrika Utara, Sherif Mansour.
Seorang lagi wartawan Palestin dari Gaza, Hazem Balousha juga mengumumkan berita kematian Rayan dalam akaun Twitternya.

Rami Rayan is the Palestinian photographer who is working for local website was killed today in east #Gaza airstrike pic.twitter.com/oMT6zfb1N1

— Hazem Balousha (@iHaZeMi) July 30, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh dalam serangan ke atas pasar tersebut walaupun gencatan senjata sedang berlangsung di Gaza ketika itu.
Namun, pihak Israel dalam satu kenyataan berkata gencatan senjata itu tidak termasuk kawasan yang sedang berlangsungnya operasi militari darat.
#bunuh #Gaza #Israel #Rami Rayan #wartawan
;