HOLLYWOOD: Wartawan Palestin, Bisan Atef Owda telah memenangi Anugerah Emmy bagi kategori "Outstanding Hard News Feature: Short Form" untuk projeknya yang masih berjalan, "It's Bisan From Gaza and I'm Still Alive."

Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA) melaporkan bahawa projek itu mendokumentasikan kehidupan harian Owda di Semenanjung Gaza di tengah-tengah serangan berterusan Israel yang telah memusnahkan kawasan berkenaan sejak 7 Oktober tahun lepas.

Wartawan berusia 27 tahun itu sebelum ini telah memenangi Anugerah Peabody menerusi projek sama awal tahun ini.

-- BERNAMA