Wartawan Pakistan yang dilaporkan hilang selamat kembali ke pangkuan keluarga
Bernama
September 25, 2023 18:23 MYT
September 25, 2023 18:23 MYT
ISLAMABAD: Seorang wartawan Pakistan yang terkenal sebagai penyokong sejati bekas perdana menteri yang kini sedang dipenjara Imran Khan, pulang ke rumah selepas empat bulan menghilangkan diri, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Imran Riaz Khan yang juga seorang YouTuber itu hilang pada Mei selepas rusuhan meletus di seluruh Pakistan berikutan penahanan bekas perdana menteri Khan atas tuduhan rasuah.
Sebuah mahkamah di wilayah tengah Punjab mengarahkan polis mencarinya, tetapi gagal mengesan beliau.
Wartawan itu dipercayai telah ditahan oleh agensi perisikan yang berkuasa di negara berkenaan.
Beliau yang tidak mempunyai hubungan persaudaraan dengan Imran Khan, pulang ke rumah pada Ahad, kata polis bandar Sialkot.
Keluarga dan peguam Khan telah mengesahkan kepulangan wartawan itu, tetapi tiada maklumat mengenai siapa yang menahannya.
Pesiden kelab media kebangsaan, Anwar Raza, berkata beliau ada bercakap dengan Khan.
"Dia berada dalam keadaan yang baik," kata Anwar Raza.
-- BERNAMA