Wartawan nafi 'mati mengejut' ketika lintas langsung

Madiha Abdullah
Julai 1, 2017 17:26 MYT
Irza Khan menafikan khabar angin dia meninggal dunia setelah terjatuh dari platform tinggi ketika membuat lintas langsung. -Gambar YouTube
WARTAWAN Pakistan yang dikatakan meninggal dunia ketika melakukan laporan lintas langsung terkejut kerana video kejadian itu tiba-tiba sahaja tular dan menjadi bualan ramai.
Ini kerana kejadian di mana dia tiba-tiba tidak sedarkan diri dan terjatuh dari atas platform tinggi itu berlaku kira-kira sembilan bulan lalu.
Irza Khan, wartawan saluran 92 News, melalui akaun Twitternya, menafikan dia sudah meninggal dunia.
"Saya masih hidup dan sihat," tulis Irza.

My video is trending on YouTube but i wonder why after 9 months ?? br>I am really shocked by the death rumours I am alive and fine

— Irza Khan (@irzakhaan) June 27, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Video berkenaan yang hangat dikongsi di Facebook dan YouTube sejak beberapa hari lalu memaparkan Irza, 23, tiba-tiba pengsan ketika sedang membuat liputan sebuah acara di Lahore.
Irza yang berada di atas sebuah platform yang diangkat menggunakan kren terjatuh namun sempat disambut orang ramai yang berada di bawah.
Youtube Saqlain Photography
Gara-gara khabar angin itu, Irza mewujudkan hashtag #irzaisalive.

#IrzaIsAlive #BirthdayMonth #Turning23 #30thJuly #PartyOnHai pic.twitter.com/LDwhdDhh5a

— Irza Khan (@irzakhaan) June 30, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Laporan stesen televisyen Samaa menyebut ketika kejadian Irza pengsan akibat cuaca panas dan sesak nafas.
Dia juga mengalami sedikit kecederaan akibat terjatuh dari platform tinggi, namun hanya dirawat di sebuah hospital sebagai pesakit luar.
#Irza Khan #Pakistan #wartawan
;