Wartawan maut digilis trak bekas PM Pakistan ketika buat liputan

Astro Awani
Oktober 30, 2022 07:20 MYT
Imran Khan ketika mengadakan demonstrasi bagi mendesak kerajaan mengadakan pilihan raya baharu. - Foto REUTERS/Akhtar Soomro
LAHORE: Seorang wartawan wanita maut digilis kenderaan yang membawa bekas Perdana Menteri Pakistan pada Ahad.
Nahas berlaku berhampiran bandar Gujranwala ketika Imran Khan mengetuai konvoi bersama penyokongnya menuju ke ibu negara Islamabad untuk mendesak kerajaan persekutuan mengadakan pilihan raya mengejut.
Saksi kejadian berkata wartawan Channel 5 Sadaf Naeem, 40, hilang imbangan kerana cuba naik ke atas trak Imran Khan untuk mendapatkan komen daripada bekas perdana menteri itu.
Naeem yang terjatuh ke atas jalan raya kemudian digilis roda trak menyebabkan kecederaan parah di kepalanya, lapor Reuters.
Ketua PTI Mussarat Jamshed Cheema mengesahkan Naeem digilis kenderaan yang membawa Imran Khan.
Insiden itu mendorong Imran Khan menghentikan "perarakan panjang" dari Lahore ke Islamabad.
"Terkejut dan sangat sedih dengan kemalangan ngeri yang membawa kepada kematian wartawan Channel 5 Sadaf Naeem ketika perarakan kami hari ini," tulis Imran Khan di Twitter.

Shocked & deeply saddened by the terrible accident that led to the death of Channel 5 reporter Sadaf Naeem during our March today. I have no words to express my sorrow. My prayers & condolences go to the family at this tragic time. We have cancelled our March for today.

— Imran Khan (@ImranKhanPTI) October 30, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Susulan kejadian, aktiviti pada Ahad yang dirancang parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) telah dibatalkan.
#Imran Khan #wartawan maut digilis trak #pilihan raya #konvoi
;