Wartawan kumpul telefon bimbit terpakai untuk diberi kepada pelajar tidak mampu belajar dalam talian

Khairunnisa Kasnoon
November 7, 2020 17:36 MYT
Ghina Ghaliya bersama rakan-rakan wartawan di Jakarta menganjurkan gerakan mengumpul telefon bimbit terpakai untuk diberi kepada pelajar yang memerlukan. - Foto Instagram GHINA GHALIYA
JAKARTA: Di sebalik pandemik COVID-19 di Indonesia, seorang wartawan di Jakarta menggerakkan kempen bagi membantu pelajar yang terkandas di rumah untuk meneruskan pembelajaran dalam talian.
Ghina Ghaliya mengumpul telefon bimbit terpakai untuk diedarkan kepada pelajar yang tidak berkemampuan sebagai platform pengajian mereka.
"Idea ini tercetus apabila ibu saya menyerahkan barang-barang terpakai kepada pengumpul barangan terpakai berdekatan rumah saya.
“Ketika kami menyerahkan barangan tersebut, dia bertanyakan jika ada telefon bimbit terpakai, tidak kisah ia buruk tetapi asalkan ia boleh digunakan anaknya untuk belajar dari rumah,” kata Ghina memulakan cerita.
Bertitik tolak dari situ, terdetik di hati Ghina, tentu sekali ada lebih ramai pelajar yang memerlukan telefon bimbit terpakai.
Susulan itu, Ghina dan 11 wartawan lain menggerakkan kempen mengumpul telefon bimbit terpakai menerusi media sosial dan menerima sambutan mengalakkan.
Ghina dan rakan-rakannya juga menerima sumbangan wang tunai daripada penderma.
Katanya, menjelang September lalu, gerakan itu Berjaya mengumpul lebih 200 buah telefon bimbit terpaka manakala lebih Rupiah 530 juta (RM154,000) diterima mereka bagi membolehkan lebih banyak telefon dibeli selain internet prabayar untuk penerima.
Sehingga kini 297 telefon telah diedarkan kepada pelajar di sekitar Jakarta dan juga ke daerah terpencil seperti Papua, provinsi paling timur Indonesia.

Hi! My friends and I have collected and distributed used smartphones and mobile data plans to 92 students across Indonesia who couldn't access online classes because their parents couldn't afford to buy for distance learning amid the pandemic. https://t.co/x8YTwE4rnl

— Ghina Ghaliya (@ghinaghaliya) August 30, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#kempen #Telefon bimbit #COVID-19 #Ghina Ghaliya #Jakarta #Indonesia
;