Wartawan, kru dirompak ketika bersiaran langsung

Agensi
Februari 18, 2021 06:27 MYT
Ordinola sedang membuat liputan di luar Estadio Monumental di bandar Guayaquil apabila seorang lelaki yang memakai pelitup muka dan bersenjatakan sepucuk pistol jenis revolver memintanya menyerahkan telefon bimbitnya. - Foto Twitter/Diegordinola
GUAYAQUIL: Seorang wartawan di Ecuador diacu pistol dan dirompak ketika sedang bersiaran langsung.
Wartawan sukan Diego Ordinola, sedang membuat liputan di luar Estadio Monumental, di bandar Guayaquil, Ecuador apabila seorang lelaki yang memakai pelitup muka dan bersenjatakan sepucuk pistol jenis revolver, memintanya menyerahkan telefon bimbitnya.
Tatkala Ordinola merayu perompak itu dengan memberitahunya dia sedang bertugas, suspek mengacukan pistol ke arah jurukamera yang merakam kejadian itu.
Lelaki itu kemudiannya melarikan diri daripada tempat kejadian dengan telefon bimbit milik jurukamera itu.

Ni siquiera podemos trabajar tranquilos, esto ocurrió a las 13:00 de hoy en las afueras del Estadio Monumental. La @PoliciaEcuador se comprometió a dar con estos delincuentes. #Inseguridad pic.twitter.com/OE2KybP0Od

— Diego Ordinola (@Diegordinola) February 12, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kru DirecTV Sports, mengejar perompak itu tetapi hanya dapat merakamnya melarikan diri dengan menaiki motosikal.
Insiden tersebut dirakam penuh oleh kru bertugas.
Ordinola berkongsi butiran insiden tersebut di laman Twitternya, yang mana rakaman itu mendapat lebih 350,000 tontonan.
#wartawan #Ecuador #dirompak #siaran langsung #Estadio Monumental #Diego Ordinola
;