Wartawan jenayah Belanda cedera parah ditembak
Astro Awani
Julai 6, 2021 07:35 MYT
Julai 6, 2021 07:35 MYT
SEORANG wartawan jenayah terkenal di Belanda cedera parah selepas ditembak di Amsterdam pada Selasa.
Peter R De Vries ditembak selepas membuat kemunculan dalam sebuah rancangan bual bicara di televisyen.
Laporan saksi menyatakan, lima das tembakan dilepaskan, termasuk ke kepala mangsa.
Polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan meminta saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan.
Suspek yang diburu memakai jaket belang hijau gelap dan bertopi hitam.
Media tempatan turut menyiarkan laporan seorang suspek ditahan di selatan Amsterdam namun belum disahkan polis.
Perdana Menteri Mark Rutte dijangka membuat pengumuman mengenai kejadian tersebut selepas mengadakan pertemuan dengan pencegahan keganasan.
"De Vries cedera parah dan sedang berjuang untuk terus hidup," kata Datuk Bandar Amsterdam Femke Halsema pada satu sidang media.
"Dia merupakan wira negara kepada kita semua. Seorang wartawan yang luar biasa, berani dan tak mengenal jemu menegakkan keadilan," tambahnya.