Wartawan Indonesia buta ditembak polis antirusuhan Hong Kong

Nailah Huda
Oktober 3, 2019 10:22 MYT
Polis antirusuhan di Sham Shui Po, Hong Kong pada Hari Kebangsaan China, 1 Oktober 2019. -Foto Reuters
Seorang wartawan buta sebelah mata selepas ditembak peluru getah oleh polis antirusuhan di Hong Kong.
Veby Mega Indah, warga Indonesia, ketika itu sedang melaporkan insiden protes bersama sekumpulan wartawan asing lain, ditembak pada jarak dekat oleh polis antirusuhan yang mendekati lokasi di mana mereka berada.
Menurut wartawan agensi berita AFP, Jerome Taylor menerusi Twitter, berita tersebut disahkan oleh peguam yang mewakili Veby, Michael Vidler.
Berdasarkan mesej ringkas menerusi WhatsApp oleh Michael, doktor yang merawat Veby mengesahkan anak mata kanannya pecah akibat tembakan yang menembusi kaca mata pelindung menyebabkan dia mengalami buta kekal.
Kata Michael, pihaknya juga telah mendapat bukti daripada pihak ketiga bahawa kecederaan itu berpunca daripada peluru getah yang ditembak oleh polis, dan bukan daripada peluru pundi kacang (bean bag round).

Awful news. Veby Indah, the journalist who was hit in the face on Sunday by a round fired by a Hong Kong police officer, is permanently blinded in her right eye. Info via her lawyer Michael Vidler pic.twitter.com/fqiIRn8Pgo

— Jerome Taylor (@JeromeTaylor) October 2, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
CNN Indonesia melaporkan Kementerian Luar Negeri Indonesia melalui Pengarah Perlindungan Warga Negara Indonesia dan Badan Hukum Indonesia, Joedha Nugraha sedang mengesahkan berita itu bersama Kedutaan Besar Indonesia di Hong Kong.
Veby, yang merupakan editor akhbar Suara Hong Kong News, ditembak berdekatan Stesen MRT Wan Chai pada Ahad lalu ketika sedang membuat siaran langsung menerusi Facebook.
Pada ketika itu, Veby dikelilingi oleh wartawan lain dan turut memakai pakaian penglihatan tinggi serta topi keledar dengan label ‘media’.
Susulan kejadian, Veby dihantar ke Hospital Pamela Youde Nethersole Eastern dan kini berada dalam keadaan stabil.

1650, an Indonesian reporter interviewed on the footbridge of Gloucester Road in Wan Chai was shot in the right eye. #929GlobalAntiTotalitarianism #HKPoliceTerrorism #StandWithHongKong pic.twitter.com/5raKEEiJPG

— kit (@yukisuet1) September 29, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ketika bercakap kepada South China Morning Post (SCMP), Veby mempersoalkan tentang dasar polis Hong Kong melepaskan tembakan ke arahnya serta wartawan lain.
Veby menegaskan bahawa dia telah memakai topi keledar, kaca mata pelindung, pakaian rasmi serta membawa dokumen rasmi wartawan.
Satu video yang dirakam oleh seorang anggota paramedik dan dimuat naik ke Twitter oleh Sarah Zheng, wartawan SCMP didakwa menunjukkan detik tembakan itu dilepaskan oleh anggota polis dari atas jambatan Gloucester Road.

Video shot by a medic from earlier showing police firing a shot from the Gloucester Rd overpass and hitting the Indonesian journalist in her right eye #HongKongProtests pic.twitter.com/DWL8GOe7L3

— Sarah Zheng (@_szheng) September 29, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kata Joedha, Kedutaan Besar Indonesia meminta penjelasan rasmi daripada pihak berkuasa bagi mengetahui kronologi insiden itu.
Kerajaan Indonesia turut minta siasatan lebih lanjut dijalankan dalam perkara berkenaan.
Menurut media tempatan, Suara Hong Kong News merupakan akhbar utama buat warga Indonesia yang bekerja di Hong Kong.
#Hong Kong #Indonesia #Kedutaan Besar Indonesia #Suara Hong Kong News #Veby Mega Indah #wartawan Indonesia
;