Wartawan ditikam pemutar skru ketika siaran langsung

Agensi
Mac 3, 2019 09:58 MYT
Thananya hanya cedera ringan selepas tindakan Prapapan berjaya dihalang. -Foto YouTube
SEORANG wartawan TV di Thailand ditikam di leher ketika sedang bersiap untuk lintas langsung pengumuman pemenang loteri.
Kejadian pada Jumaat itu terjadi ketika Thananya Pipitwinchagarn sedang bertugas melaporkan pengumuman tersebut untuk stesen Channel 5.
Seorang wanita yang dikenali sebagai Prapapan Yokshwee kemudian melintas di hadapannya sebelum secara perlahan meletakkan pemutar skur berukuran 5 inci ke leher Thananya.
Thananya bagaimanapun hanya cedera ringan selepas orang ramai yang berada di situ berjaya menghalang perbuatan Prapapan.
Prapapan kemudian ditahan polis Muang Phatthalung.
Menurut laporan berita tempatan, berdasarkan siasatan awal, Prapapan dikatakan marah kerana aduan kononnya ada individu meletakkan dadah di rumah ibunya tidak dilayan.
#lintas langsung #Media #pemutar skur #Thai Reporter Stabbed #Thailand #Thananya Pipitwinchagarn #Wartawan ditikam #wartawan TV