Wartawan ditembak mati di Mexico
Astro Awani
Jun 30, 2022 10:15 MYT
Jun 30, 2022 10:15 MYT
CIUDAD VICTORIA: Pihak berkuasa Mexico sedang menyiasat kematian seorang wartawan berusia 47 tahun yang ditembak mati di timur laut negara itu.
Antonio de la Cruz ditembak di kediamannya, di Ciudad Victoria.
Menurut Pendakwa Raya Negeri, dalam kejadian itu juga, anak perempuan mangsa yang berusia 23 tahun juga cedera parah dalam serangan.
De la Cruz adalah wartawan veteran bagi akhbar tempatan Expreso selama hampir tiga dekad.
Kematiannya menjadikan jumlah wartawan yang terbunuh di Mexico tahun ini kepada 12 orang.